“Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan”
- ABU SAIF -
Syukur kerana akhirnya ABS Tinta telah mula mengorak langkah menerbitkan Blognya sendiri agar memberi ruang kepada penerbit, penulis dan pembaca mempunyai ruang untuk berbincang dan memberi komen kepada buku-buku yang diterbitkan oleh ABS Tinta.
Blog ABS Tinta bukan sekadar catatan rasa dan keluh-kesah, ataupun laporan harian tanpa signifikan kepada pembaca dan penulis. Blog ABS bertujuan untuk memaparkan buku-buku keluaran terbaru dan maklumat penulis . Harapan kami agar Blog ini akan dapat menjadi penghubung antara pengarang & pembaca, mempromosi karya terbaru dan berkongsi maklumat buku.
Harapan Abs Tinta agar Blog ini mampu memberi maklumat terkini penerbitan ABS Tinta kepada pengedar buku, penulis dan pembaca.
-ABS Tinta-